Syria Business Journal
SEE OTHER BRANDS

Your best source on business and economy news from Syria

Bitget Launchpool akan Menyenaraikan Chainbase (C) dengan Ganjaran Token bernilai 2.75 Juta

VICTORIA, Seychelles, July 15, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan penyenaraian Chainbase (C) dalam Zon Inovasi dan AI untuk dagangan spot. Selain boleh didagangkan secara spot, Bitget turut memperkenalkan kempen ganjaran Launchpool eksklusif dengan hadiah sehingga 2,750,000 C untuk dimenangi. Chainbase ialah rangkaian data omnichain.

Dagangan spot untuk Chainbase (C) akan bermula pada 14 Julai 2025, jam 12:00 (UTC) di bawah pasangan dagangan C/USDT. Pengeluaran boleh dilakukan mulai 15 Julai 2025 jam, 13:00 (UTC).

Untuk meraikan penyenaraian tersebut, Bitget akan melancarkan kempen Launchpool eksklusif dengan jumlah ganjaran sebanyak 2,750,000 C. Pengguna yang layak boleh mengambil bahagian dengan mengunci token BGB atau C sepanjang tempoh acara dari 14 Julai 2025, jam 12:00 hingga 16 Julai 2025, jam 12:00 (UTC). Dalam kolam BGB, pengguna boleh mengunci antara 5 hingga 50,000 BGB, dengan had maksimum bergantung kepada tahap VIP mereka, untuk berpeluang memperoleh bahagian daripada 2,500,000 C. Dalam kolam C, peserta boleh mengunci antara 30 hingga 2,778,000 C bagi menerima bahagian daripada 250,000 C dalam bentuk ganjaran.

Chainbase sedang membangunkan lapisan keterhubungan terdesentralisasi bagi memudahkan akses dan penggunaan data blockchain merentasi pelbagai rantaian. Di tengah-tengah visi ini ialah pembangunan "Crypto World Model", sebuah sistem berasaskan AI yang direka untuk menyatukan data on-chain dan off-chain ke dalam satu lapisan tunggal yang boleh digunakan. Sistem ini bertindak sebagai jambatan, membolehkan pembangun dan aplikasi menarik data piawai secara masa nyata dari seluruh ekosistem kripto tanpa perlu mengurus sumber data yang berpecah-pecah atau infrastruktur yang rumit.

Dengan memberikan pengalaman data yang konsisten dan pintar, Chainbase membuka pelbagai kemungkinan — daripada analitik DeFi dan automasi kontrak pintar sehinggalah ke platform sosial terdesentralisasi dan sistem AI termaju. Rangkaian omnichain serta Crypto World Model direka untuk menterjemah aktiviti blockchain mentah kepada cerapan yang tersusun, sekaligus membentuk asas kepada Web3 yang lebih bijak dan saling berhubung.

Bitget terus mengukuhkan peranannya sebagai platform bursa mata wang kripto bertaraf tinggi, dengan lebih daripada 800 token tersenarai merentasi pasaran spot dan derivatif. Penambahan BOOM ke dalam Launchpool selari dengan usaha berterusan Bitget dalam menyokong projek-projek inovatif yang terus menyumbang kepada perkembangan ekosistem kripto.

Untuk maklumat lanjut mengenai Chainbase, layari sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global kepada atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b4536f5f-1e3d-4a0f-8931-e63653cf4649


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service